Keheningan
Aku kelu, aku diam, aku membisu, aku jauh daripada hal yang baik. Tetapi penderitaanku makin berat ( katanya mazmur 39:3)
Ada waktu untuk berdiam diri, ada waktu untuk berbicara" katanya Pengkhotbah
Apabila keheningan diperlukan, anda harus senyap.
Di Israel, terdapat satu biara di anak sungai Cherith, tempat Elijah bersembunyi. Dalam biara ini beberapa orang suci mengamati kesunyian sebagai kebiasaan mereka. Mereka mengikuti ritual ini untuk menunjukkan bahawa mereka diam sama seperti Elijah berdiam diri ketika bersembunyi di sini.
Dalam Pengajian Lama, mereka yang bertobat atas dosa-dosa mereke biasa memakai kain karung dan menyemburkan debu di kepala mereka. Mereka akan memanfaatkan hari itu sebagai Hari Pembersihan.
Katanya Ratapan 2:10 "duduklah tertegun di tanah para tua-tua putri Zion, menabur abu di atas kepala, dan mengenakkan kain karung, dara-dara yerusalem menundukkan kepalanya ke tanah".
Tuhan melihat mereka yang tertekan diri mereka, tuhan mengubah air mata mereka menjadi kegembiraan.
Daud memilih hari hening dalam hidupnya, dan pada hari itu diam-diam merenungkan Firman tuhan. Kesunyian semacam itu adalah masa untuk menutup telinga terhadap suara dunia and untuk membuka hati kepada suara tuhan.
Mazmur 39:4 "Hatiku bergejolak dalam diriku, menyala seperti api, ketika aku bekeluh kesah, aku berbicara dengan lidah ku"
Di dunia ini orang biasanyna menyelesaikan sesuatu hanya dengan bercakap berterusan, sebagai contohnya, mereka yang ingin menjual barang, mereka mengiklankan barangan dengan menonjolkan diri terbaik. Pada era ini, ucapan tidak hanya dilakukan oleh manusia tetapi radio, pemain rakam dan televisyen juga bercakap .
Oleh kerana begitu, banyak suara luar terus terdengar di telinga anda, kesempatan untuk mendengarkan suara Tuhan menjadi terbatas
Anak anak tuhan yang dikasihi, berikan waktu sunyi tertentu untuk mendengarkan suara atuhan. Kesunyian yang anda dedikasikan untuk Tuhan akan membawa berkat kepada anda
Untuk merenungkan: "Tetapi Tuhan ada di bait suai-nya, biarkan seluruh bumi diam di hadapan nya" (Habakkuk 2:20)